18/3/13

Adakah Produk Shaklee Halal?

Selalunya sesiapa yang ingin mencuba sesuatu produk mesti tertanya-tanya mengenai halal atau tidak.Tak kan nak main terjah je makan kan.. Ini sijil halal yang di keluarkan oleh Islamic Services Of America (ISA). Semua produk Shaklee yang masuk ke pasaran Malaysia adalah HALAL.


                     


 Sijil Halal SHAKLEE Yang Dikeluarkan Pada 6 Februari 2012 :-


Pengiktirafan Halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services of Amerika (ISA) yang telah diiktiraf oleh JAKIM. 
Oleh sebab itu, anda tidak perlu was-was lagi dengan produk Shaklee dan menggunakannya dengan senang hati. Saya juga tidak akan menjadi pengedar dan pengguna Shaklee jika ia tidak halal.

 Rasulullah SAW mengingatkan umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara berkaitan makanan dan minuman yang diambil. Hadith daripada Nukman bin Basyir r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata, (telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oleh ramai di kalangan manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram".
 (Riwayat Bukhari)

"Wahai sekalian manusia!, makanlah daripada apa yang ada dibumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu".
(Al-Baqarah: 168)

sekalung budi: Naluri Ibu

No comments:

Post a Comment