28/3/13

ESP Terbaik....

KENAPA RAMAI YANG SUKAKAN ESP ? 
APAKAH KHASIATNYA ?

1. ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2. ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
3. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak
4. ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
5. Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
6. Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
7. Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
8. Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

INFO RINGKAS TENTANG ESP

* Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah.

* Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

* Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan.


ESP INI SESUAI UNTUK SIAPA??

1. Ibu menyusu
2. Ibu hamil
3. Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan
4. Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan
5. Mereka yang mengalami masalah kesuburan
6. Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 di badan)
7. Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan
8. Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus
9. Wanita yang inginkan payudara anjal
10. Sesuai untuk kanak2 sehinggalah warga emas.:)

APAKAH YANG AKAN TERJADI JIKA KITA KEKURANGAN PROTEIN??

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Nah! Sekarang anda dah tahu? Pilihlah protein yang terbaik untuk masa depan yang lebih sihat….JOM KITA MINUM ESP!!

PM/SMS 012-2597971
HARGA TERENDAH DARI PASARAN+FREE GIFT


                             

27/3/13

Set Mengandung Shaklee

Seronoknya bila dengar kawan dah start mabuk-mabuk mengandung anak sulung dah..Amboi  'the fast the furious' gitu, walaupun baru sebulan mendirikan rumahtangga..Apa pun bakal ibu memerlukan vitamin bukan sahaja untuk kesihatan ibu tetapi untuk bayi dalam kandungan..

Bagi ibu ibu hamil yang masih tercari cari apakah suplement yang sesuai diambil semasa hamil, Shaklee ada jawapanya.. 


SET J2 ) untuk ibu ibu hamil trimester 1

1. Vita-Lea 

Multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel sel darah merah.Jika ibu ibu mengambil vita-lea ini, tak perlu la mengambil OBIMIN lagi.

2. B-Complex 

Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuk lah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukkan sel sel darah merah di dalam badan . Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

3. Vitamin C 

Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C untuk meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 


4. Ostematrix / Kalsium 

Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat.Pengambilan kalsium jugak boleh membantu mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas kebas. 

  



SET J1 ) untuk ibu ibu hamil trimester 2 & 3

ibu ibu perlu mengambil ke empat empat vitamin di atas sama seperti trimester pertama..cuma perlu tambahan satu lagi vitamin iaitu

Omega Guard
Makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan omega guard mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk didalamnya adalah DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. 





ESP @ Energizing Soy Protein

Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel sel tisu, hormon dan enzim didalam tubuh. Baik untuk wanita yang mengandung dan penyusuan anak. Ia juga penting untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit.

Esp ini juga boleh memberi tenaga kepada ibu ibu hamil yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Dalam masa yang sama ESP boleh memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 
                                        
Sumber: mamaelly

FOR ORDER/INFO
SID: 925991
CALL/SMS/WHATAPP: 012-2597971
FB: https://www.facebook.com/MazzLiza

26/3/13

Kepentingan Lecithin

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin : 

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA

Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Kepada mereka yang nak kuruskan badan, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan. Lecithin juga selamat diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak...


21/3/13

Nak kulit cantik?

vitamin c shaklee..apa beza vitamin c shaklee dengan vitamin c yang lain..
ini kerana Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan. meh la cuba harga mmg berbaloi..

18/3/13

Adakah Produk Shaklee Halal?

Selalunya sesiapa yang ingin mencuba sesuatu produk mesti tertanya-tanya mengenai halal atau tidak.Tak kan nak main terjah je makan kan.. Ini sijil halal yang di keluarkan oleh Islamic Services Of America (ISA). Semua produk Shaklee yang masuk ke pasaran Malaysia adalah HALAL.


                     


 Sijil Halal SHAKLEE Yang Dikeluarkan Pada 6 Februari 2012 :-


Pengiktirafan Halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services of Amerika (ISA) yang telah diiktiraf oleh JAKIM. 
Oleh sebab itu, anda tidak perlu was-was lagi dengan produk Shaklee dan menggunakannya dengan senang hati. Saya juga tidak akan menjadi pengedar dan pengguna Shaklee jika ia tidak halal.

 Rasulullah SAW mengingatkan umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara berkaitan makanan dan minuman yang diambil. Hadith daripada Nukman bin Basyir r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata, (telah dijelaskan oleh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oleh ramai di kalangan manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram".
 (Riwayat Bukhari)

"Wahai sekalian manusia!, makanlah daripada apa yang ada dibumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu".
(Al-Baqarah: 168)

sekalung budi: Naluri Ibu

15/3/13

Obses nak Slim



Hah, dengar tajuk entri ni pun dah buat kita terujakan..Ada orang makan banyak pun still badan tak berubah..tapi pada orang yang susah nak kawal berat badan OMG..makin hari makin banyak tabungan lemak dalam badan kita..ada pulak mulut² tak berinsurans nak tegur..Biasa la kita kat Malaysia ni cukup makan..kadang² dah penuh pun sumbat lagi..sape penat buat..hihihi..tak ngaku pulak..
sekarang banyak produk untuk kurus ada di pasaran..Keberkesanannya bergantung kepada individu.
Meh cuba produk Shaklee ( set kurus ).
Ramai dah try produk untuk mengurangkan berat badan, rata² mendapat respon yang positif..memang terbaek lah.




                   3 konsep utama -BAKAR + BUANG + BINA = KURUS



                                        1. BAKAR 
                       Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol





 2. BUANG

Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan



3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh



LANGKAH PERTAMA : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Apa yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati. Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu,



Sekalung budi: Ibu Iman

                                 
                                         Antara Testimoni yang berjaya: 



                                  


                                                 


                                                   


14/3/13

Khasiat Raja Tumbuh-tumbuhan Alfalfa.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu 'Alfalfa'.. Alfalfa ni sejenis tumbuhan yang banyak khasiat..
sembang banyak tak guna juga..moh baca la  


Alfalfa dikatakan boleh membantu dalam mengurangkan simpton-simpton seperti:bengkak, sakit sendi, sembelit, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu
Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

>>Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

>>Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

** sekalung budi:sihathijau


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Mazz @ Fb : Noor Mazliza / Shaklee Mania
Fan Page:http://www.facebook.com/pages/shaklee
PM/SMS/WHATAPP: 012-2597971

13/3/13

B-Complex

                                         
B-Complex

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk10164 (120 pil) 
 

Vita-E Complex

                                              
Vita-E Complex®

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk10112 (120 kapsul) 

Chewable Vita-C







                                                      

Chewable Vita-C™ 100 mg
 
Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk10102 (90 pil) 
 

Sustained Release Vita-C

                                                      
Sustained Release Vita-CTM500 mg
 

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Kod Produk10104 (180 pil) 
 

10/3/13

Vita-Lea

Vita-Lea® Iron Formula

Multi vitamin & Multi mineral



Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 



Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam 
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan 
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D 
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk 
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah 
      merah.*


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Kod Produk10131 (120 pil) 

ESP - Soy Protein Isolate Powder

                                                        
ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.



Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.



Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
      rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada
      keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian
      menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
      kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
      Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
      di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

5/3/13

Apa itu Shaklee?

                                      Assalamualaikum..

Firstly, pada sesiapa yg baru dengar perkataan Shaklee mesti tertanya-tanyakan apa itu...
ok sebelum kite citer lebih lanjut..meh sy bg th salasiah Shaklee ni...

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.
Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.